Saturday, January 28, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Cuteki widgets
Saturday, January 28, 2012
Koleksi Kata Mutiara
"Kita
lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli
semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang
dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan
dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan."
"Kita lahir dengan 2 mata dan 2
telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang
sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak
hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin
tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya."
"Kebijaksanaan
menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan
penderitaan."
"Kekuatan
tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang
tidak pernah mengalah."
"Barangsiapa
mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."
"Mengetahui sesuatu
dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala
sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."
"Jangan biarkan perahu hanyut tak berpenghuni
nanti hanyutnya tidak singgah ke pelabuhan."
"Hidup
memerlukan pengorbanan. pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan
memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan
kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
"Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah
kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi
kesempurnaan budi dan adab."
"Setiap yang kita
lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah
kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."
"Pemimpin yang berjaya
ialah orang yang boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih atas daripadanya
dan boleh mengawal komunikasi dengan orang yang lebih bawah daripadanya."
"Berfikir itu cahaya, kelalaian
itu kegelapan, kejahilan itu kesesatan dan manusia yang paling hina ialah orang
yang menganiaya orang bawahannya."
"Jangan
memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum
memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah
horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar."
"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam
dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan
tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian."
"Tiada siapa yang
paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh
menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai."
"Jangan mengukur kebijaksanaan
seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai
buah fikiran serta tingkah lakunya."
"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan
adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan
pakaiannya."
"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan
dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa
merdeka." ~ Soekarno
"Tiada
siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang
pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi
pandai."
"Agama tanpa ilmu adalah buta. Ilmu tanpa
agama adalah lumpuh." ~ Albert Einstein
"Keikhlasan
itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam.
Ianya wujud tapi amat sukar dilihat."
"Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu
perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."
"Harta yang paling
menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal
peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah
yang paling indah tentunya KHUSYUK."
"Dalam kerendahan hati ada
ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan
hidup ada kekuasaan ilmu."
"Jika
kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas
kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah
zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
~ La Roche
"Orang yang cekal dan mempunyai
keyakinan diri yang tinggi, tidak pernah merasa terancam dengan perkataan atau
perbuatan yang remeh dan tidak disengajakan. Sebaliknya mereka akan menumpukan
perhatian ke arah mencapai matlamatnya."
"Orang yang hebat
bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya."
"Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan."
"Sekali
anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali.."
"Permulaan sabar adalah pahit,
tetapi manis akhirnya."
"Memulai belajar sejak
kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis
di air."
"Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."
"Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu
miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang
kamu dengar."
"Jangan lihat apa yang
telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan."
"Jangan sesali apa
yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan
bina kembali apa yang telah hilang dan pergi."
"Orang yang cemerlang melihat setiap
halangan sebagai peluang untuk mengasah potensi, manakala orang yang tidak
cemerlang menganggap setiap halangan sebagai alasan yang menyebabkan
kemundurannya."
"Berfikir sebelum berbuat adalah satu kebijaksanaan, berfikir selepas
berbuat adalah satu kebodohan, berbuat tanpa berfikir adalah seribu
kebodohan."
"Orang bijaksana tidak sesekali
duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana
memulihkan kembali kerugian yang dideritainya."
"Manusia yang berhati
suci adalah manusia yang banyak menangis daripada ketawa. Didiklah hati dengan
keihklasan dan kesucian agar liku-liku kehidupan ini menjadi lebih bermakna dan
mengikuti arus perubahan kedewasaan."
"Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang
yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai."
"Dunia
ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai
kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya
takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."
"Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di
kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi.
Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan
mana yang salah."
"Kita
lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu
melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan
kita."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komentar on "Koleksi Kata Mutiara"
Post a Comment